MAC 2018 USAS Bermula pada 12 – 16 Mac 2018 Persatuan Universiti Islam Asia atau nama singkatannya AIUA telah mengadakan bengkel Pelan Panduan Strategik di Universiti Fatoni, Thailand. Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi garis panduan kepada universiti-universiti Islam Asia dalam mengembalikan kebangkitan universiti-universiti Islam standing atau lebih dari universiti-universiti di Barat.
Selain dapat memberikan garis panduan, bengkel seperti ini juga dapat menjamin kualiti Universiti Islam Asia dalam penyebaran Ilmu, pengembangan penyelidikan, mobiliti mahasiswa, penjanaan ekonomi dan kekayaan.
Bengkel yang sedang dijalankan ini telah menemukan lebih dari 30 universiti yang mana sehingga kini mempuyai lebih 60 universiti di Asia yang telah menanggotai persatuan universiti ini. USAS pula adalah merupakan sekretariat tetap Persatuan Universiti Islam Asia (AIUA).